Saturday, May 14, 2016

YOLO!: Tokyo Part 1


Assalamualaikum salam sejahtera membuka bicara mencuci habuk dalam blog//kicked

Sekian lama tak bukak lato..*laptop* see huruf 'p' pun kena pakai virtual keyboard..demit.
Walaupun aku update blog ni umpama 5 tahun sekali tapi aku tetap berbangga sebab blog ni masih wujud nonetheless.
.
.
Masa berlalu~tanpa ku menyedari~ dah nak cecah digit 3 tak lama lagi..*sigh
Banyak benda bodoh dan benda bijak yang aku dah lalui. But im still standing so i guess all is well

Terpikir lak kenapa nak tulis blog, mungkin sekadar tempat sharing tanpa pedulik ada orang nak baca atau tidak
Mungkin jugak untuk rujukan masa akan datang
hmm...

But yeah, tajuk blog ni khas untuk catat trip yang dari kecik aku angankan.
JEPUN!
Tatkala semua rakan sebaya sibuk fikir hal2 kenduri dan anak, aku decided untuk YOLO!
*ayat sedapkan hati* like seriously, aku even dah beli tiket untuk ke Australia and New Zealand masa tu. Tapi yang tu cerita dalam post lain kot..kalau rajin
Bersama rakan seperjuangan; Ain ;kami redah beli tiket ke Jepun dengan airflight ANA
Kami plan untuk pergi dalam bulan April sebabbb nak tengok Sakuraaa..wheee
gambar wajib barangkali
Sebelum pegi Ain dah book rumah tempat tinggal kitorg menggunakan AirBnB. Boleh tahan senang gak guna apps ni. Ala2 homestay gitu. Waktu kat sana kitorg duduk kat prefacture Saitama.

Flight dari Malaysia ke Jepun amik masa dalam..8jam? Tapi sebab flight kitorg naik ni service die sangat bagus tak rasa boring sangat la. Makanan and entertainment ada*cough*tengok anime*cough*..tapi uh..cuak jugak bila tak berapa nak faham pelat peramugari jepun cakap BI ni..;w;
yakult dan jepun berpisah tiada
Sampai je airport belum mendarat lagi kitorg dah eksaited cewi nampak pokok sakura pink setompok-tompok dari atas. Lepas ambik luggage semua mula la nebes sebab nak kena cari internet and kad Passmo/Suica untuk naik train. Kad ni macam kad touch n go gtu
kat mesia xde jual touch n go mcm ni
Dekat 5 minit dok belek mesin tu akhirnya kitorg berjaya beli tiket Passmo kitorg. Nexttt cari train nak ke Saitama. Ni satu hal lagi clueless nak naik platform mana. Hahaha
Tapi jangan gusar pakcik gugel kan ada. But first we need internet, luckily airport ada tenet. Fuhh
Simcard berlambak jual kat vending machine tapi atas masalah teknikal kitorg tak pakai pun simcard tu..orz
p/s: make sure korang tahu saiz simcard phone korang makro?nano? bila nak beli kat mesin 
vending machine jual simcard. Simcard cover semua cun2
So untuk naik train dan nak tahu naik platform mana..guna lah pakcik gugel map, sesungguhnya ia membantu. TAPI lagi membantu sedara jepun pakcik gugel map korang bolehla install app Japan Travel. Dari situ boleh tahu nak naik train platform mana and pukul berapa train sampai
*tapi sebenarnya kitorg byk kali gak salah naik train. ahahaha

confident face pose

Sambil menikmati pemandangan yang indah, train kitorg dalam sejam lebih jugak untuk sampai Saitama. Pastu kena transit jugak dulu kat station Omiya tukar train pegi Iwatsuki sebab rumah kitorg duduk kat situ. Sampai time tu dah dalam pukul 5pm dah nak gelap. 

Owner rumah; Hiroshi gitau kitorg boleh masuk rumah terus and die bagi password untuk kunci main door. (Aku lupa camne Hiroshi contact Ain time ni..roaming kot).Rumah kitorg duduk tu atas kedai tempat die keje..kedai baju sekolah. Seifuku comel gle tapi tak berkesempatan nak singgah jenguk kedai die ;A; 
Rumah compact tapi lengkap

Jamban ini terlalu comel untuk digunakan. Ada sink atas tu 

ada mesin basuh
ni heater bawah karpet. sebab xenah pakai so sgt jakun. Best kot lepak kat karpet time sejuk2

.....to be continued part 2





No comments:

Post a Comment